Wednesday, 11 April 2012
WASIAT RASULULLAH SAW
WAHAI SAUDARAKU..
Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya :
i. Tidak berpaut hatinya kepada harta benda dunia
ii. Tidak terpesona dengan pujuk rayu
iii. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :
i. Jujur dalam berkata-kata
ii. Menjauhi segala yang haram
iii. Merendahkan diri
Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :
i. Merasiakian ibadahnya
ii. Merasiakn sedekahnya
iii. Merasiakan ujian yang menimpanya
Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :
i. Takut berlaku dusta dan keji
ii. Menjauhi kejahatan
iii. Memohon yang halal kerana takut jatuh ke dalam keharaman
Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya :
i. Mengawasi dirinya
ii. Menghisab dirinya
iii. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment