Thursday 17 April 2014

Santai minda

* Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. * Jadilah juara yang mengajak orang lain menjadi juara. * Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

Monday 30 April 2012

Sesi Pembelajaran Muzik

KEJUJURAN ITU INDAH

KEJUJURAN ITU INDAH Sifat jujur adalah hiasan diri daripada hati. Ia merangkumi pelbagai sifat yang mulia seperti amanah, malu, memelihara keaiban diri dan orang lain, bersopan santun serta menjaga dan memelihara maruah diri kerana Allah. Orang yang paling disukai Allah adalah orang yang jujur apabila menjual dan jujur apabila membeli dan jujur apabila membayar hutang serta lemah lembut menagih hutang. "ORANG JUJUR DIPERMUDAHKAN BERIBADAT DAN DIPERMUDAHKAN REZEKI"

Selamat Datang

Mari Belajar BM SORONG PAPAN TARIK PAPAN, BUAH KERANJI DALAM PERAHU, BELAJAR KOMPUTER TAK TERTAHAN-TAHAN, BUAT BLOG LANGSUNG TAK TAHU.

Wednesday 11 April 2012

WASIAT RASULULLAH SAW

WAHAI SAUDARAKU.. Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya : i. Tidak berpaut hatinya kepada harta benda dunia ii. Tidak terpesona dengan pujuk rayu iii. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya : i. Jujur dalam berkata-kata ii. Menjauhi segala yang haram iii. Merendahkan diri Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya : i. Merasiakian ibadahnya ii. Merasiakn sedekahnya iii. Merasiakan ujian yang menimpanya Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya : i. Takut berlaku dusta dan keji ii. Menjauhi kejahatan iii. Memohon yang halal kerana takut jatuh ke dalam keharaman Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya : i. Mengawasi dirinya ii. Menghisab dirinya iii. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT

Gembiranya Hari Ini

Tanggal 30 April 1965 (KHAMIS)aku dilahirkan. Hari ini genap usiaku 47 tahun. Perjalanan hidupku didunia sudah melangkau 47 tahun. Aku amat berterima kasih kepada yang maha Esa kerana diberikan kesempatan untuk terus bermusafir di dunia yang fanah ini. Aku berdoa semoga aku mengakhiri zaman musafirku di dunia dengan penuh kebenaran dan keredaan Allah. Aku juga berharap agar segala usaha dan amalanku diberkati Allah dan ditunjukkan ke jalan yang benar, jalan yang memudahkanku melintasi titian serotulmustakim untuk menuju ke SURGA. Amin....